IndeksPortalCalendarGalleryFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

 

 Enjin Carian Internet

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pengirim Message
dheedy



Posts : 16
Join date : 22.08.09
Age : 35
Location : makassar

PostSubyek: Enjin Carian Internet   August 24th 2009, 21:01

Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ’search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ’spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.



Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.labholonk.blogspot.com
 

Enjin Carian Internet

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum: Anda tidak dapat menjawab topik
SMK NEGERI 7 AMBON :: ILMU KOMPUTER :: KOMPUTER & INTERNET -
Free forum | © phpBB | Free forum support | Kontak | Report an abuse | Create your own blog